[Ulasan Buku] Bintang Oleh Tere Liye

Bintang Oleh Tere Liye

1
Kali ini 3 sahabat kembali ke Klan Bintang dengan satu misi besar untuk menghalang usaha sabotaj Dewan Kota yang tamakkan kuasa.

2
Seperti buku sebelumnya, misi bermula di sekolah dan di rumah. Saya hampir keliru pada permulaan, sama ada saya tersalah baca buku kerana isi penceritaan yang sama.

3
Kekeliruan itu lenyap apabila Raib, Seli dan Ali mula mengembara secara bersembunyi mencari pasak bumi yang mahu "diselamatkan".

4
Ali, mendapat hadiah misteri sewaktu berurusan dengan orang-orang Ruangan Padang Sampah yang selanjutnya, memberi kuasa baru pada Ali.

5
Ulangan proses mencari pasak bumi sebanyak 6 kali, hampir sama saja bunyi ceritanya. Banyak ulangan seperti babak masuk lorong, keluarkan kamera kecil yang menjadikan babak itu adalah babak "copy paste".

6
Perseteruan dan cabaran dalam pengembaraan ini memang pelbagai, membuatkan kita mahu terus tahu apa yang akan terjadi selepas itu.

7
Setiap watak semakin berkembang dan matang, secara perlahan-lahan menunjukkan Tere Liye bijak mengatur jalan cerita supaya tidak kelihatan terburu-buru.

8
Kejayaan misi mereka menyebabkan satu masalah baru yang timbul. Tanpa sengaja, Yang Tanpa Mahkota akhirnya bebas, bersama sekutu yang tidak ada tandingnya kejahatan mereka iaitu Tamus dan Falar IV.

9
Lanjutan pertualangan mereka bersambung dalam buku Komet.

Bintang Oleh Tere Liye

#sharulmembaca
#malaysiamembaca





0 comments:

Post a Comment

My Instagram