1
Kali ini ada dua cerita di dalam buku ini seperti tajuknya; Ceros dan Batozar.
2
Untuk pengembaraan bertemu Ceros, tiga sahabat ini menemukan klan yang baru
iaitu Klan Aldebaran, klan yang menjadi pengasas klan-klan lain.
3
Di sini juga Sarung Tangan Bumi milik Ali diketahui asal-usulnya. Ketiga-tiga
sahabat ini juga sempat berguru untuk memahirkan lagi penggunaan kuasa mereka.
4
Sebaik selamat kembali ke bumi, Raib, Seli dan Ali terus berpetualang mencari
penjenayah yang terlepas dari penjara Klan Bulan.
5
Rupanya Batozar, datang ke Klan Bumi bukan untuk melarikan diri. Sebaliknya
memang mahu mencari Raib, Putri Bulan, demi menunaikan hasrat yang sudah lama
terpendam.
6
Dalam pengembaraan mereka kali ini, ketiga-tiga remaja berbeza klan semakin
memahami kuasa dan mempertingkatkan keupayaan masing-masing.
7
Saya fikir Tere Liye mahu mengkhususkan satu buku ini sahaja untuk
memperkembangkan watak dan kuasa Raib, Seli dan Ali. Ini bagus juga,
sekurang-kurangnya ada sedikit perbezaan dalam pengembaraan yang hampir serupa
dalam setiap buku.
8
Tere Liye juga semakin kerap memasukkan elemen romantis antara Ali dan Raib.
Sesuatu yang saya rasa tidaklah mengganggu jalan cerita, sebaliknya menambah
sedikit rencah.
9
Buku yang saya beli ini ada sedikit kecacatan. Ada bahagian tulang buku yang
mengikat helaian kertas sudah tertanggal, menunggu masa setiap helai buku ini
terlerai. Ini buku asli, bukan bajakan. Geramlah juga rasanya.
10
Buku selanjutnya ialah Komet (yang sudah saya baca terlebih dahulu), langsung
saja ke Komet Minor. Plop!
#sharulmembaca
#malaysiamembaca
p/s
Baca ulasan buku-buku Tere Liye yang lain di sini.
0 Comments