Si Oren Pengganggu Tambi

Kucing Oren.

Yang seekor ni je rajin menegur saya, rajin mengikut kalau saya berada di laman rumah. Jadi gambar dia saja yang banyak kalau saya sedang bermain kamera.

Yang tak seronoknya, dia tak ngam dengan Tambi. Asal nampak, dia kejar sambil berceracak bulu satu badan. Bukan main!

Tambi?

Harap perut saja besar. Kalau mengokak tangan tuan dia, laju tanpa halangan. Tapi bila dikejar dengan budak kecil warna oren ni, mencicit lari masuk rumah. Lepas tu, sentap emo dengan kita yang nak memujuk.

Ceh!

Buat malu kaum je.

🙄

Si Oren Pengganggu Tambi

Si Oren Pengganggu Tambi

Si Oren Pengganggu Tambi

Si Oren Pengganggu Tambi

Si Oren Pengganggu Tambi

Si Oren Pengganggu Tambi

Si Oren Pengganggu Tambi

Si Oren Pengganggu Tambi


Mahu kenal siapa Tambi

Ini, ada beberapa keping gambar dia yang bikin jantung berdegup kencang.






Reactions

Post a Comment

0 Comments