Mengintai Bilik Darjah Di Sekolah Tun Fatimah

Sewaktu menghantar Hanis pulang ke asrama minggu lepas, kami sempat menjenguk kelas adik di tingkat tiga. Kalau ikutkan, ibu bapa tak dibenarkan masuk. Tapi memandangkan beg buku yang sarat dan berat, tambahan lagi Hanis ada Scoliosis yang tak membenarkan dia memikul beban, saya pun redah juga naik ke kelas.

Hip hap hip hap. Semput juga.

Sambil-sambil menunggu dia mengemas dan menyusun buku, sempatlah saya rakamkan gambar di sekitar kelas yang masih mengekalkan suasana 80-an. Eheheh! Bangunan lama. Pintu pun masih gaya lama. Sama macam sekolah lama saya di Gombak Setia.

Tapi entah kenapa, gaya "old school" itu bagi saya menenangkan. Sederhana, tidak bermewah-mewah. Suasana pembelajaran yang humble. Saya lebih suka begitu.

Ini ada beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan.

Cuma modelnya bukan kakak Hanis, tapi budak berlesung pipit bernama Hafiz. Heh!

Bilik Darjah Di Sekolah Tun Fatimah, Johor

Reactions

Post a comment

0 Comments