Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography

Rakan saya, Ervi, tiba-tiba mencadangkan untuk membuat cabaran mengambil gambar; rain photography. Saya selaku orang yang puratanya 300 - 500 keping gambar yang diambil sebulan (anggaran sekiranya tidak ada sebarang aktiviti seperti travel, hiking, dll), tentulah tanpa segan silu bersetuju.

Rain Photography.

Ambil gambar yang melibatkan hujan atau monsoon yang sangat sinonim dengan tanah Malaysia pada waktu begini. Tak kira sama ada sebelum, semasa atau selepas hujan. Asasnya ialah menunjukkan bagaimana hujan dalam hidup seharian manusia di tanah bertuah Malaysia. 

Musim tengkujuh selalunya bermula pertengahan November, berlanjutan hingga ke awal tahun sekitar Februari. Tapi sekarang pun (Oktober) hujan sudah mula menunjuk taring.

Saya tak pernah terfikir tema ini. Walhal hujan selalunya membawa ketenangan dan kenangan. Hujan selalunya mengimbau perca-perca memori yang menyeronokkan. Saat masih kanak-kanak, saya dan adik-beradik serta sepupu bergembira mandi hujan dengan pelbagai aksi. Sudah dewasa, berhujan membeku pula ketika beraktiviti di dalam hutan. 

Oh! Selalu juga terperangkap di bawah jambatan di tepi lebuh raya, kala menunggang motorsikal pergi atau pulang dari kerja. Waktu itu insaf, tak mahu naik motor lagi.

Esoknya, merempit juga.

Heh!

Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography
Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography
Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography


Mandi Hujan

Tempoh hari, pulang dari menjemput Hafiz di sekolah hujan turun dengan sangat lebat. Lencun kami dua beranak atas motor. Tiba-tiba, timbul idea mahu mandi hujan dengan si bongsu. Bukan main suka dia untuk pengalaman kali pertama. Sejak hari tu, asyiklah menunggu hujan sebab mahu mandi di luar bersama abah.

Makbul.

Hujan turun lagi selepas cabaran Rain Photography ini timbul.

Dan ini, beberapa keping gambar Hafiz semasa hujan turun membasahi bumi Gombak.


Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography
Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography
Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography
Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography
Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography
Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography
Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography
Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography
Musim Tengkujuh Untuk Rain Photography


Jom!

Kita ambil gambar bertemakan hujan. Kongsikan saja di mana-mana yang rasa selesa. Blog, FB, IG; terpulang. Jangan lupa letak hashtag #hujanangulele dan #monsoonbangbang.


Kamera & Photo Editor

Huawei P20 Pro (Pro Mode, Portrait Mode, Aperture Mode).
Adobe Lightroom Mobile







Reactions

Post a Comment

0 Comments