13 Keping Gambar Street Photography Di Delhi, India

Saya hanya beberapa tahun kebelakangan ini baru tahu pengkelasan jenis-jenis fotografi.

Street photography, Cat Photography, Rain Photography, Travel Photography dan macam-macam lagi.

Menarik.

Kita dapat fokus kepada perkara yang kita minat untuk dijadikan portfolio. Saya sendiri sebenarnya masih mencari-cari apa yang saya minat dalam fotografi ini. Yang tak suka, saya tahu. Misalnya Wedding Photography, saya tak pernah langsung ada rasa minat mahu mencuba.

Tahun 2012 saya ke India, tepatnya ke New Delhi. Sempatlah saya merayau ke New Delhi, Old Delhi dan Agra (Taj Mahal). Sepanjang perjalanan, saya jadi tertarik melihat pemandangan ladang mustard yang maha luas diselubungi kabus pagi. 

Aduhai! 

Tersenyum-senyum saya dengan sang isteri, teringatkan adegan Raj dan Simran berdendang lagu Tuje Dekha To Ye Jana Sanam. 

Masuk ke kawasan bandar atau perkampungan, India mula menunjukkan sisi sebenar. Kalau dalam filem mereka ada memaparkan kemiskinan yang melarat, kina saya betul-betul melihat dengan mata sendiri. 

Allahu. 

Dari dalam shuttle bus, saya memetik picu kamera merakamkan suasana real kehidupan harian di sana. 

Lama kemudian barulah saya tahu, inilah konsep Street Photography. 









Reactions

Post a comment

0 Comments