Asas Pencahayaan Untuk Indoor Photography

Secara teori, saya faham apa yang dimaksudkan dengan penggunaan reflector dalam fotografi. Selalu juga saya tonton dalam Youtube bagaimana reflector diguna untuk menghasilkan gambar yang lebih baik dari segi pencahayaan.

Tapi itulah, saya hanya faham secara teori. 

Semalam saya buat sendiri "studio" untuk latihan kelas asas fotografi anjuran Smartpiksel. Menggunakan konsep try and error, siap juga akhirnya. Saya cuba dengan beberapa objek, bolehlah. Menjadi gaya saya lah. 

Asas Pencahayaan Untuk Indoor Photography
Model Reflector


Kedua-dua gambar ini sumber cahaya datang dari kiri. Gambar pertama tanpa reflector, menghasilkan gambar agak gelap di sebelah kanan.

Gambar kedua menggunakan reflector, barulah jelas nampak pipi sebelah raksasa dompot ni ada lesung pipit.

Saya tertanya juga, kenapa perlukan reflector?

Rumusan saya, bergantung kepada gambar yang kita mahu ambil. Misal kata gambar makanan, mestilah semua bahagian perlu kelihatan jelas. Barulah berseri. Kalau sebelah terang sebelah gelap, mesti orang bersangka buruk.

"Yang sebelah tu, mesti dia dah kokak sebelum ambil gambar!"

Kah kah kah! Berspekulasi gitu.

Baik.

Sekarang kita cuba dengan makanan. Atau segelas Chocolate Ice Blended with extra cream.

Pergh!







Reactions

Post a Comment

0 Comments