Resepi Smoothie Ringkas Dari Dapur Chef Rul

Tiba-tiba jadi chef. Kah kah kah!

Ada sahabat saya berkongsi cerita tentang smoothie yang dia buat di rumah, dijadikan sebagai alternatif kepada makanan sihat. Macam-macam menu yang diberi, dan hampir keseluruhan bahan yang diguna memang mudah diperoleh.

Saya saja yang malas selama ni.

Jadi tekad untuk menguruskan badan yang semakin dipam-pam semenjak PKP Mac lalu, saya pun mencuba membuat smoothie sendiri.


Bahan-bahan;

  1. 2 biji epal hijau.
  2. 2 biji kiwi.
  3. 1 batang lobak merah.
  4. Satu ikat daun salad.
  5. Air sejuk/suam.
  6. Yogurt kosong (kalau mahu).
  7. Kismis (kalau mahu).


Cara membuat;

  1. Potong dadu/kecil semua bahan (1 hingga 4).
  2. Gaulkan semua.
  3. Pecahkan kepada 4 bahagian. Simpan setiap bahagian dalam bekas/plastik.
  4. Ambil satu bahagian dan masukkan ke dalam mesin pengisar khas untuk smoothie. 
  5. Masukkan air secukupnya 
  6. Pilihan; letakkan sesudu yogurt atau kismis untuk menambah rasa. 
  7. Mesin sehingga hancur dan terus siap untuk dihidangkan.


Resepi Smoothie Ringkas Dari Dapur Chef Rul
Resepi Smoothie Ringkas Dari Dapur Chef Rul
Resepi Smoothie Ringkas Dari Dapur Chef Rul
Resepi Smoothie Ringkas Dari Dapur Chef Rul


Tips;
  1. Smoothie seeloknya terus diminum selepas dikisar untuk memastikan kita dapat menikmati kesegarannya. Dikhuatiri kalau disimpan terlebih dahulu, kualiti rasa (dan rupa) membuatkan kita tak lalu lagi menelannya.
  2. Gabungan smoothie yang ideal ialah dua jenis buah dan dua jenis sayur.
  3. Untuk memilih bahan smoothie, cari berdasarkan "warna". Misal kata buah berwarna hijau, sayur juga berwarna hijau.
  4. Untuk sayuran, pastikan dari jenis yang boleh dimakan terus tanpa dimasak terlebih dahulu (seperti kangkung, bayam).

Alhamdulillah.

Boleh lah telan. 

Resepi Smoothie Ringkas Dari Dapur Chef Rul
Resepi Smoothie Ringkas Dari Dapur Chef Rul
Resepi Smoothie Ringkas Dari Dapur Chef Rul






Reactions

Post a Comment

0 Comments