1.
Saya sering mendengar pengakuan orang yang mengatakan dirinya adalah pencandu buku, tapi hakikatnya kebanyakan mereka adalah tsundoku, pembeli/pengumpul buku. Membacanya kurang.
2.
Saya adalah salah seorang daripada mereka. Sasaran 40 buah buku setahun pun saya gagal untuk lunaskan. Haih!
3.
Jadi apabila saya membaca buku ini, sedikit sebanyak rasa skeptikal itu terbit. Mana ada orang yang benar-benar pencandu buku.
4.
Saya silap. Penulis ini memang benar-benar orang yang "hantu buku". Bukan setakat membeli buku, tetapi beliau juga tahu siapa penulisnya dan apa yang dibincangka dalam setiap buku itu.
5.
Jelas penulis adalah pembaca yang tegar dan sangat menghormati hasil lelah manusia yang mencurah bakti menulis buku.
6.
Penulis untung sekali dimudahkan laluannya memburu buku-buku langka dan nadir dengan kehadiran manusia-manusia ajaib di Mesir.
7.
Saya cemburu sekali dengan cerita beliau tentang kota buku Kaherah yang meriah. Bagaimana buku adalah "candu" yang ditagih ramai dan mempunyai kedudukan tinggi di Mesir.
8.
Paling hampir, saya merasai suasana kota buku sebegini ketika di Indonesia, tepatnya di Jakarta. Haih! Rindunya mahu ke Blok M, Pasar Senen dan tentu sekali, Gramedia.
9.
Buku ini ditulis dengan baik. Bahasanya bagus. Ada kala, kalau tak keterlaluan saya katakan, penceritaan beliau mengingatkan saya dengan penulisan Ustaz Hasrizal (Saiful Islam).
10.
Buku ini berbaloi untuk dibaca. Penulis mengingatkan saya untuk terus isitqomah membaca, dan menggali ilmu dalam setiap baris ayat yang ditulis.
Terima kasih.
#sharulmembaca
#malaysiamembaca
0 Comments