[Ulasan Buku] Backpack India 4 Idiots (Oleh Rohaniah Noor)

 1) Apa lagi yang boleh dibuat bagi seorang traveller baru nak up seperti saya, semenjak PKP awal tahun 2020 dulu? Rasa gian mahu mengembara semakin hari semakin menebal. 

2) Kalau tak menonton di Youtube, saya membaca kisah travel.

3) Dan buku Backpack India 4 Idiots menyemarakkan kembali semangat petualang yang semakin pudar.

4) Saya tahu kalau sesebuah buku travel membuat saya membuka Google Map, atau membuat carian tentang lokasi yang dicatat dalam buku, sama ada buku itu memang menarik atau tempat kunjungan itu menimbulkan rasa ingin tahu yang menggoda. 

5) Buku ini ada kedua-duanya.

6) Lokasi yang dikunjungi membuatkan saya tertanya-tanya bagaimana rupa tempat ini. Bagi saya ia agak eksotik, penuh rahsia. Untuk sampai ke setiap lokasi cabarannya bukan biasa-biasa.

7) Dan itu menjadi "penyedap" cerita. Pengembaraan Ani, Aina, Kak Jue dan Normi yang penuh dugaan menjadikan perjalanan ini lebih menarik.

8) Ada satu tahap, saya jadi "stress" apa lagi masalah yang bakal muncul. Tak boleh ke perjalanan ini tenang dan bahagia je? Heheh! 

9) Membaca bagaimana setiap cabaran ini diatasi, berdecak pula rasa kagum dan bangga. Ini pengembara bukan kaleng-kaleng.

10) Saya cemburu dengan keberanian mereka (terutama Ani dan Aina). Berani satu hal, menikmati sendiri keindahan alam ciptaan Allah itu peluang yang bukan senang diperolehi.

Sekarang, mahu sambung bacaan buku kedua!

#sharulmembaca

#malaysiamembaca

Backpack India 4 Idiots (Oleh Rohaniah Noor)






Reactions

Post a Comment

0 Comments