[Ulasan Filem] The Green Mile (1999)

Setujukah anda, 15 minit pertama membuka Netflix selalunya habis dengan mencari movie apa yang mahu ditonton? Pilih punya pilih, sudahnya layan cerita lama. Kali ini saya pilih filem yang pernah dicalonkan dalam anugerah Oscar pada tahun 2000.


1.
Saya tak ingat bila kali pertama saya menonton filem ini, tapi yang pasti ia filem yang baik dan memberi kepuasan menonton.


2.
Tom Hanks (Paul Edgecomb) menjadi watak utama bersama Michael Clark Duncan (John Coffey) yang tinggi dan besar!


3.
Filem ini agak ringkas. Adegan kebanyakannya berlaku dalam Blok E, penjara banduan akhir yang dijoloki nama The Green Mile.


4.
John ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua anak kecil. Walhal, John adalah "mangsa" yang berada di tempat dan waktu yang salah.


5. 
Di dalam penjara, John telah melakukan banyak perkara ajaib terhadap Paul, Mr  Jingles (tikus sarkas yang bijak) dan banyak lagi. Ya, perkara ajaib yang ajaib. John ada kuasa menyembuhkan hanya dengan sentuhan dan "sedutan" aura jahat keluar dari tubuh pesakit.


6.
Walaupun John sangat sasa dan besar, sangat "sesuai" dinobatkan sebagai penjahat, tetapi sifat belas John sangat memaut perasaan John dan 3 orang rakan sekerja beliau yang lain.


7.
Sudah tentu, watak antagonis tetap wujud. Banduan akhir ini memang ada yang jahat, tetapi sudan insaf. Ada pula yang masih tidak menyesal dengan perbuatan kejam sebelum tertangkap.


8.
Percy, rakan sekerja Paul agak "kerek" kerana dia mempunyai sokongan orang atasan. Tak bersesuaian dengan pangkat junior, dia menyalahgunakan kuasa serta kedudukan.


9.
Watak Percy lebih jahat daripada mereka yang terkurung di balik tirai besi. Banduan itu memang sudah jelas kesalahannya. Tapi Percy, membuli tanpa segan silu di balik seragam polis yang dipakai.


10.
Percy mendapat balasan setimpal.


11.
Namun pengakhiran John tetap menghibakan. Lakonan Tom Hanks, Michael dan lain-lain sangat mantap, tanpa sedar kita turut merasa sesak dada melihat kesudahan hidup John.


Filem ini sesuai ditonton semua, dikategorikan 16+. Cuma ada babak tertentu (SG) yang perlu ditapis daripada tontonan kanak-kanak.


Selamat menonton.


Ulasan Filem The Green Mile






Reactions

Post a Comment

0 Comments