OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu

Tahun 2014, saya ke Terengganu beramai-ramai dengan keluarga dan adik-beradik. Dalam perjalanan, kami singgah untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid.

Kemudian hari barulah saya tahu lokasi singgahan kami tu namanya Pantai Kemasik, Terengganu. Belum jauh pun dari sempadan Pahang.

Tahun 2020, sekali lagi kami singgah di pantai ini. Waktu tu sebenarnya kami mahu ke Kuantan, tapi sengaja lajak ke Kemaman, Terengganu untuk merasa memandu di LPT II. Sampai Kemaman, kami patah balik ke Kuantan tapi singgah sebentar di Pantai Kemasik untuk berehat-rehat 

Pantainya cantik. Birunya menyala-nyala, diiringi hempasan ombak kuat ke pantai. Orang tak ramai, barangkali hari masih panas.

OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu
OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu
OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu
OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu
OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu


Kami hanya singgah untuk bergambar dan sempat juga singgah makan sotong goreng tepung! Sedap betul, sambil menikmati angin Laut China Selatan berpuput lembut menyambut kami ke negeri penyu menangis.

Sempat juga kami bermain air di gigi pantai. Merakam kenangan sekeluarga.

Pantai Kemasik cantik.

Satu hari nanti, kami mahu datang lagi.


OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu
OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu
OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu
OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu
OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu
OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu

Ada rezeki ada jodoh, kami datang lagi ya.





Reactions

Post a Comment

0 Comments