Selamat Ulang Tahun Ke-44, Sharulnizam

23 September 1977, jam 11.39 malam bertempat di Hospital Besar Kuala Lumpur lahirlah seorang Sharulnizam ke muka bumi ini.

Alhamdulillah, sihat walafiat.

Hari ini (jika dipanjangkan umur) genaplah usia saya 44 tahun.

Tua dah.

Patut sudah banyak menambah amal kerana semakin dekat dengan tarikh kematian.  Dosa yang sedar dan tanpa sedar mengikut rapat dari belakang, ketika masih bertatih menambah amal.

Tidak banyak yang dipohon untuk ulang tahun kelahiran ini.

Mak abah yang diberi kesihatan yang baik. Dipermudahkan amal ibadat mereka.

Isteri yang solehah, dan semoga dianugerahkan syurga untuknya.

Anak-anak yang cemerlang dunia akhirat.

Dan sudah tentu, keampunan untuk dosa-dosa saya yang banyak. Kesihatan yang baik dan urusan yang dipermudahkan.

Amin.

Insya-allah. 

Selamat Ulang Tahun Ke-44, Sharulnizam






Reactions

Post a Comment

0 Comments