Terkenang Semasa Dulu

Koleksi gambar digital saya bermula sejak tahun 2003. Jadi bila sesekali throwback melihat gambar-gambar lama, mulalah terasa nak bermelankolia. Terutamanya yang melibatkan gambar anak-anak.

Ini tahun 2008. Tepatnya 1 Disember 2008. Abang Haris 5 tahun, Hanim 3 tahun dan Hanis baru setahun. Waktu ni memang meriah rumah dengan suara budak-budak. Kami bersantai-santai di ruang tamu rumah yang kecil, tapi menjadi  sangat lapang untuk kami berlima.

Pejam celik, dah 13 tahun berlalu.

Sekejap betul!

Terkenang Semasa Dulu

 Muncung masing-masing bukan main!







Reactions

Post a Comment

0 Comments