Apa Ertinya Sekeping Gambar?

Ada sahabat bertanya, pernah tak saya sertai mana-mana pertandingan fotografi? Dia teruja melihat gelagat saya yang sakan beraksi merakam gambar sewaktu kami keluar bersama.

Dia bukan orang pertama yang bertanya begitu.

Saya katakan, ya, saya pernah.

Tapi taklah bersungguh-sungguh. Lebih kepada suka-suka. Kalau kena temanya dan saya ada gambarnya, dan ada pula semangatnya, saya hantarlah.

Dalam hal fotografi ni, saya sedikit sensitif apabila gambar saya dihakimi orang yang saya tidak kenal (dalam konteks pertandingan fotografi). Sekeping gambar ada cerita yang nilainya saya saja tahu. Waktu, perasaan semasa gambar itu diambil, hanya saya yang faham. Dan apabila gambar itu dilihat semula, ada pengertian lain yang boleh dibaca.

Hanya saya.

Orang yang menilai, hanya akan menghakimi sifat teknikal gambar itu. Rule of third, framing, depth of field dan seumpama. Ya, itu benar. Memang ada panduannya. Saya setuju.

Cuma bagi saya, gambar yang dirakam sangat bersifat peribadi walaupun subjeknya entah siapa yang tak dikenali. Dan orang lain tak akan sama pemahaman apa yang dia nampak, berbanding cara saya melihat.

Macam berfalsafah sangat, kan?

Hahaha!

Begitulah.

Seperti gambar embun di laman rumah ini. Bagi kebanyakan orang, itu biasa saja. Sampai masa, embun hilang jatuh ke bumi atau menjadi wap setelah dipanah cahaya matahari. Tamatlah riwayat embun.

Namun untuk saya, dengan fotografi saya dapat menikmati embun yang cantik itu dengan lebih rapat dan mesra. Ada perasaan damai ketika merenung titisan air yang bergayutan di dahan atau daun. Saya bukan setakat melihat gambar, tapi saya dibawa kembali ke memori di waktu gambar itu dirakamkan. Saya nampak diri saya yang terbongkok-bongkok mencari sudut terbaik, saya ingat ada kanak-kanak sibuk bermain di laman sebelah, ada suara jiran yang sedang berbual mengemas pokok bunga.

Sekeping gambar, banyak ceritanya.

Dan kau saja yang tahu.

Apa Ertinya Sekeping Gambar?
Apa Ertinya Sekeping Gambar?
Apa Ertinya Sekeping Gambar?
Apa Ertinya Sekeping Gambar?
Apa Ertinya Sekeping Gambar?






Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Betul, setiap keping gambar yang diambil memang bermaksud personal for the photographer. Perception semua orang ada yang berbeza-beza, tak ada salah in the eyes of the art. :D

    Depends on the photography judge jugak, technically yes memang ada tengok dari pandangan itu. Also dari sudut creativity and how the photo can bring out the emotions of the viewer.

    ReplyDelete