Hafiz Masuk Jawi

Sehari selepas balik dari bercuti di Janda Baik, Pahang terus saja kami bawa sibongsu ke klinik untuk berkhatan. Rancangan minit akhir. Lepas dapat persetujuan tuan punya bebird, tempahan pun dibuat. 

Isnin, 7 Mac 2022.

Bertempat di Klinik Sulaiman, Greenwood dan bayaran sebanyak RM230, Hafiz pun melangkah ke alam baru sebagai 'lelaki dewasa'.

Tak ada sok sek menangis pun, kecuali selepas bius sudah mula hilangkan kesan. Itupun sekejap saja. Balik rumah, baring, dah ok. Hari ketiga buka balutan, pun tak dengar suara menangis. Cuma hari ke-5 kalau tak silap, ada nanah pada luka khatan. Terpaksa panggil kakak sepupu yang kerja jururawat untuk tolong cucikan. Waktu tu memang meraung habis. Kesian.

Tapi hebat lah Hafiz. Dalam takut-takut dia tu, berani juga. Semuanya dia seorang diri berurusan dengan doktor. Abah atau umi temankan setakat di luar bilik klinik saja. Doktor tak bagi masuk disebabkan SOP musim Covid-19.

Alhamdulillah.

Hari ke-11 Hafiz dah kembali berseluar. Lambat sikit lukanya nak kering disebabkan masalah 'buta'.

Balik sekolah ni, boleh lah jalan kembang dada, Hafiz.

Kah kah kah!

Hafiz Masuk Jawi
Hafiz Masuk Jawi
Hafiz Masuk Jawi
Hafiz Masuk Jawi
Hafiz Masuk Jawi







Reactions

Post a Comment

0 Comments