Yang cuba dijauhi, mendekat juga.
Allahuakbar.
Adik Hanis disahkan dijangkiti Covid-19 pagi semalam. Entah dari mana
munculnya, tahu-tahu sudah perit tekak dan batuk. Demam tak ada. Kini adik
dikuarantin bersama-sama beberapa Srikandi yang lain.
Kesian anak abah.
Mendengar berita disampaikan umi pagi tadi, terus mahu ke Johor. Sudah
terpisah beratus kilometer, sekarang ditimpa sakit pula. Dalam bulan Ramadan
yang semakin menghampiri penghujung. Mujur akal waras mengingatkan tidak ada
apa yang boleh dilakukan kalau saya ke sana pun.
Insya-allah, adik di bawah kawalan dan seliaan yang baik. Tentulah pihak
sekolah memberi perhatian penuh untuk kes begini. Di kejauhan, abah dan ummi
hanya mampu berdoa agar kesembuhan segera diperolehi. Moga-moga doa laju
sampai ke langit di bulan Ramadan ini, dan dimakbulkan.
Tak guna nak mencari salah siapa waktu ini. Mudah saja kalau nak menuding
jari, tapi untuk apa? Yakin dan beri kepercayaan kepada pihak sekolah untuk
menjaga anak-anak di sana.
Kalau ada pun yang saya mahu ketika ini, berilah anak-anak Ipad mereka supaya
mudah berhubungan.
Kami hanya mahu mendengar sendiri.
Itu saja.
0 Comments