3 Cara Mudah Untuk Buat My Goal Di Maybank2u

Seperti yang saya kongsikan semalam (tips shopping buku PBAKL '23), kali ini saya tunjukkan cara buat My Goal di Maybank2u.

3 Cara Mudah Untuk Buat My Goal Di Maybank2u
  1. Gunakan web browser, jangan guna App. App tak ada option My Goal (atau saya yang tak jumpa). Mudah cerita, gunakan laptop/pc. Guna phone pun boleh, tapi panjang cerita dia.
    3 Cara Mudah Untuk Buat My Goal Di Maybank2u
  2. Lepas login, scroll ke bahagian bawah klik pada butang "My Goal +"
    3 Cara Mudah Untuk Buat My Goal Di Maybank2u
  3. Skrin akan memaparkan borang maklumat Goal kita. Letak mengikut kesesuaian. Ada dua pilihan komitmen. (1) Kita tetapkan sendiri jumlah bulanan yang mahu disimpan, (2) kita tetapkan jumlah akhir (dalam contoh, saya letak RM600) untuk tempoh 12 bulan. Saya buat pilihan kedua, dan saya masukkan deposit RM100, bermaksud saya hanya perlu mengumpul RM500 sehingga Mei-23. Sistem akan mengira berapa komitmen bulanan, taraaa, saya hanya perlu peruntukan RM42 saja sebulan untuk mencapai Goal ini. Siap!
    3 Cara Mudah Untuk Buat My Goal Di Maybank2u
  4. Balik pada skrin utama, kita akan nampak Goals yang telah kita buat. Nanti pada tarikh yang ditetapkan, Goals ini akan 'ambil' duit dari simpanan utama kita.
  5. Sebenarnya boleh saja buat 'manual', simpan di tabung ayam. Tapi tu lah masalahnya. Ayam rajin bertelur. Kah kah kah!

Tips ni boleh saja digunakan untuk tujuan lain (ie; road tax/takaful, travel, beli Gamewatch, dan juga set pinggan Arcopal).


Selamat menyimpan. Rancanglah kewangan anda.







Reactions

Post a Comment

0 Comments