Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)

Cuti sekolah baru-baru ni, kami enam keluarga (empat generasi) berkumpul beramai-ramai di Port Dickson, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, terima kasih mak yang belanja kami anak menantu cucu cicit untuk percutian kali ni. Segan juga, sampai mak yang keluarkan modal. Tapi memang sudah niat mak nak bersedekah untuk kami semua.

Semoga mak dan abah diberi kesihatan, dipermudahkan amal ibadat dan ditempatkan dalam syurga Firdausi.

Cuma ralat keluarga abang yang sulung tak dapat turut serta. Insya-Allah, lain kali.

Oleh sebab jarak Port Dickson dari Gombak hanya memakan masa 1 1/2 jam, saya dengan suka rela membuat itinerari perjalanan agar tak lah kosong saja.

Ini itinerari percutian 2H1M ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk kami 6 keluarga (26 orang).


Hari Pertama (4-Sep-2022)

8.30 am
Bertolak dari Gombak menuju Istana Seri Menanti. Perjalanan 1 1/2 jam menjadi hampir 3 jam disebabkan pemanduan tenang, berhenti dan sedikit sesak di Bukit Putus.

11.00 am
Melawat Istana Seri Menanti. Masuk percuma. Setiap tingkat dibuka sepenuhnya berbanding hanya dua tingkat saja ketika kami melawat sebelum ini. Sempat minum teh tarik di kafe di belakang istana.

12.30 pm
Makan tengah hari berhampiran masjid Seri Menanti. Belanja makan RM240. Kemudian bertolak ke Replika Istana Raja Melewar di Rembau.

2.45 pm
Sampai di Istana Raja Melewar. Hanya kami yang ada. Masuk percuma.

3.30 pm
Bertolak ke Tanjung Biru, Port Dickson.

4.30 pm
Check in di homestay Tanjung Biru Kondominium. Harga untuk satu malam RM290 (ground floor) dan RM270 (tingkat atas). Acara diteruskan dengan mandi kolam dan pantai. Alhamdulillah rezeki dapat tengok sunset. Makan malam bawa bekal dari rumah.


Hari Kedua (5-Sep-2022)

7.30 am
Sarapan dan mandi-manda di laut dan kolam. Plan nak naik Bukit Batu Putih hancur ke laut Selat Melaka.

11.30 am
Check out dan bertolak ke Muzium Tentera. Kami tak turun sebab dah pernah masuk sebelum ni. Lagipun orang sangat ramai dan cuaca sangat panas.

1.00 pm
Sampai ke Masjid Seri Sendayan tapi tak dapat masuk sebab masjid penuh (dah masuk waktu). Detour makan tengah hari di kedai berhampiran. Lauk pauk masakan Melayu dengan harga RM290. 

3.00 pm
Bersurai. Ada yang singgah ke Nilai 3, tapi majoriti balik ke Gombak.


Total perbelanjaan tak sampai pun RM2000 untuk 26 orang. Insya-Allah, kenangan bersama tu yang paling mahal.


Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
Di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah


Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
Replika Istana Raja Melewar, Rembau


Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
Mandi dalam pool


Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
Sunset


Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
7
Masjid Seri Sendayan. Mak dah lama teringin nak ke sini.








Reactions

Post a Comment

0 Comments