Burung Merak

Pernah dengar kisah burung Merak dan burung Gagak? Cerita dongeng rakyat tentang permusuhan yang terjadi antara dua sahabat.

Merak dan Gagak asalnya berbulu putih. Satu hari mereka terjumpa cat pelbagai warna (ada yang kata mereka terjumpa taman bunga). Pendek cerita, mereka setuju untuk saling membantu mewarnakan bulu masing-masing. 

Mula-mula, si Gagak mewarnakan Merak. Cantik berwarna-warni. Ketika itu timbullah perasaan riak dan takbur si Merak. Nekadnya, biarlah dia saja yang paling cantik. Lalu si Gagak pun diwarnakan hitam semuanya.

Kasihan.

Begitulah cerita orang dulu-dulu tentang Merak dan Gagak.

Tentulah, ini hanya rekaan.

Cuma, natijahnya sampai hari ini saya masih memandang serong kepada si Merak.

Kah kah kah!


Burung Merak
Burung Merak
Burung Merak
Burung Merak
Burung Merak
Burung Merak
Burung Merak
Burung Merak






Reactions

Post a Comment

0 Comments