Sabtu, 9 Disember 2023
Alhamdulillah, satu lagi "pencapaian" peribadi dalam hal ehwal permotoran. Berjaya juga menunggang motor dari Gombak menuju Kelang, kemudian turun ke Shah Alam sebelum akhirnya kembali ke Gombak.
Eleh, biasa-biasa je pun.
Biasa bagi orang lain, tapi luar biasa bagi seorang Sharulnizam.
Banyak yang saya peroleh dengan perjalanan yang memakan masa tak sampai pun setengah hari. Bermulan jam 7.30 pagi, saya sudah kembali ke laman rumah pada jam 3.30 petang.
Berpandukan Google Maps sebagai pemandu arah, enjin skuter Honda ADV160 saya memecah hingar jalanan sepanjang DUKE - Penchala Link - DASH sebelum sampai ke destinasi tujuan.
Kafe Chef Salim
Kami berpakat untuk sarapan nun di Meru. Di sebuah kafe yang menyajikan makanan barat, di samping juadah tempatan. Saya akur saja dengan cadangan kawan-kawan.
Kafe Chef Salim rupanya terkenal. Sebaik sampai ke depan kedai, yang berbaris menunggu giliran untuk mendapat meja sudah pun panjang sampai ke tepi jalan.
Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023
Selesai makan, kami sambung perjalanan ke destinasi utama perjalanan hari ini. Dalam 20 minit, kami selamat sampai di perkarangan parkir Pusat Konvensyen MBSA di Seksyen 13.
Saya datang dengan tiada sasaran, kecuali satu dua buku yang menjadi idaman. Mungkin sudah ada rasa sedar diri dengan timbunan buku belum dibaca di rak rumah. Hehehe!
Pinggang Oh Pinggang
Tulang belakang saya tak memberi kerjasama yang baik. Mungkin disebabkan sudah lama menunggang dan kemudian berjalan kaki dengan beban di belakang di sepanjang dewan pameran, tulang belakang meragam. Terbongkok-bongkok juga dibuatnya. Mujur pil kuat (aka tahan sakit) saya bawa sebagai persediaan.
Honda ADV160
Seperti biasa, rumusan pendek tentang perjalanan pendek dengan skuter berkuasa 160 cc ini.
- Jumlah kilometer (Gombak - Kelang - Shah Alam - Gombak) ialah 150 km.
- Kelajuan antara 70 - 100 km/j
- Minyak RM12++, RON95. Berbaki 5 bar
- Selesa dengan keadaan "standard", kalau ada yang bertanyakan tentang kerusi dan tayar.
- Tenang
Itu komen saya buat masa ni.
Ini pula video pendek kami;
1 Comments
Hadir tanda support!
ReplyDelete