Hari Ahad, 5 Nov 2023 mencatat kenangan baru untuk saya. Rasa teruja masih belum surut, harap tak lah timbul rasa menyampah kalau catatan ini muncul di skrin tuan puan.
Dari Gombak - Lemang To'ki, Bentong - Air Terjun Chamang - Kopi Ladang, Janda Baik - dan kembali ke Gombak.
Total kilometer; 154.9 km.
Minyak; Hanya sekali isi, berbaki 5 bar dari 8 (RON95) sampai ke rumah. Lebih kurang RM12 penuh tangki.
Purata kelajuan; 70-80 km/j waktu pergi (gerimis sepanjang jalan), 80-100 km/j waktu balik.
Ini perjalanan paling jauh semenjak saya berkecimpung dengan kenderaan berenjin beroda dua.
Motor pertama saya Honda berwarna biru, ber-CC 100. Lesen B2 saya peroleh sewaktu berumur 20 tahun, semata-mata mahu membawa motor itu ke Sintokyo.
Baru saya teringat. Semasa bertualang di perkampungan makhluk halus yang difitnah dibuang daerah menggunakan bas (batch 90-an tahu lah cerita ni), saya juga pernah ride bersama rakan-rakan meraikan usia muda remaja.
Tadi saya semak jarak antara UUM dan lokasi yang saya kunjungi dengan motorsikal.
UUM - Alor Setar (49 km)
UUM - Kuala Nerang (47 km)
UUM - Kuala Perlis (46 km)
UUM - Padang Besar (48 km)
Ini berpandukan Google Map. Jarak sebenar mungkin lebih, kerana seingat saya jalan yang saya guna entah ke mana hala laluannya. Zaman tu mana ada Waze/Goole Map. Redah saja ikut panduan kompas, atau bintang di langit.
Kah kah kah!
Saya ingatkan, ke Alor Setar lah paling jauh. Tempat saya melayan bowling sampai 4-5 frame seorang, hasil pengaruh rakan sebaya bernama Cik Lee (bukan nama sebenar). Di Sentosa Bowl. Masing-masing dari Kolej MAS, memang ligatlah merancang aktiviti.
Tapi akhirnya Bentong lah mencatat rekod paling jauh. 57 km sehala, menuju ke Lemang To'ki.
Lepas ni, kena cari jarak 89 km pula lah.
Seperti ke Fraser Hill.
Uhuk!
Air Terjun Chamang
Kami sempat singgah di Air Terjun Chamang, tak jauh pun dari Lemang To'ki. Suasana redup sepanjang perjalanan, dan kami sampai sewaktu pengunjung belum lagi ramai. Sedikit bayaran dikenakan (RM3 satu kepala), dan ruang parking dan kemudahan asas seperti tandas ada disediakan.
Kami memang bawa baju untuk mandi-manda, tetapi memandangkan air sungai agak deras dan kami tak jumpa tempat yang sesuai untuk berendam, kami pendam saja hasrat itu. Lagipun agak tergesa-gesa, mungkin lain kali saja.
Kami sekadar berjalan ke sana ke sini, mengenal pasti lokasi strategik untuk berkelah misal kata selepas ni kami nak datang lagi.
Video Ride Ke Bentong
Ini video ride saya yang pertama (untuk jarak jauh). Lebih banyak video ride akan saya kongsikan pada masa akan datang.
Insya-Allah.
0 Comments