Saya sering menumpang kereta rakan sekerja setiap kali mahu keluar makan tengah hari. Maklumlah, saya lebih kerap menunggang motor berbanding memandu, dan tempat makan yang jaraknya tercapai dengan jalan kaki hanya ada satu saja di situ.
Maka, kami lebih sering merayap ke sekitar Cyberjaya demi sesuap nasi.
Cuma dalam kereta rakan sekerja yang umurnya hanya berbeza dua tahun dengan anak sulung saya, ada terletak satu figurine di atas dashboard.
Satu hari, saya jadikan sebagai model untuk kerinduan fotografi.
Nah!
Dapat jugalah beberapa keping buat pelepas rindu





0 Comments