[Buku] Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Hamka)

Tenggelamnya Kapal Van Der WijckTenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh Hamka
Nilaian: 4 daripada 5 bintang

Tajuk buku ini sudah lama saya dengar. Entah sejak bila, bagaikan sudah melekat dalam fikiran. Cuma baru-baru ini sahaja saya berpeluang memilikinya.

Edisi revisi. Sudah tidak tulin.

Kisah percintaan antara Zainuddin dan Hayati ini, agak klise dengan kisah percintaan moden. Isunya tetap sama; tentangan keluarga, dendam, mabuk asmara, kemewahan hidup dan mungkin sedikit yang berbeza, isu adat. Buya Hamka mahu memberitahu bahawa adat (Minangkabau) amat menyusahkan dalam aspek-aspek tertentu. Pada pandangan saya lah.

Saya sangat suka dengan bahasa-bahasa puitis yang digunakan kerana bagi saya, itu lah yang menunjukkan tingginya adab budaya orang Melayu. Cakapnya berlapik dan tersusun. Beranalogi untuk memaksudkan sesuatu. Indah!

Mungkin kekurangannya di sini ialah jalan cerita yang agak mudah. Tapi, tidak adil juga rasanya saya menilaikan begitu. Saya terpengaruh dengan lambakan cerita sebegini pada zaman ini, walhal kisah cinta Zainuddin dan Hayati ini direka pada tahun 1938!

Saya berikan 4 bintang, hanya kerana saya tidak berapa puas dengan bahagian akhir.

;)

Ulasan buku yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments