Rose Valley ini terletak di Tringkap. Sekiranya datang dari Simpang Pulai, Rose Valley terletak di kiri bahu jalan. Silap gaya, boleh terlepas kerana pintu masuk ke taman ini terselit antara deretan kedai-kedai jualan sepanjang jalan. Ada papantanda yang besar tersergam di pintu masuk, jadi sentiasa lah panjangkan leher untuk mencari.
Bayaran yang dikenakan; RM5 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak. Maaf, sudah lupa-lupa ingat.
Mat Bunga
Berbanding dengan Cameron Lavender Garden, Rose Valley merangkumi kawasan lereng bukit yang tidak begitu tinggi. Tangga disediakan untuk ke setiap tingkat, seperti mana tempat-tempat yang lain. Di sini tanaman yang ada, lebih meriah jenis dan warnanya. Suasana yang rimbun membuatkan suasana agak kelam, tetapi menyamankan. Memang leka memerhatikan setiap ceruk taman ini. Bunga-bunganya kembang mekar dan sangat cantik.
Ah! Mat Bunga lah tuh!
Bukan. Aku bukan mat bunga. Bagi orang yang suka kepada alam semulajadi, warna dan corak daun yang pegun hijau juga boleh memikat. Apatah lagi bunga yang merah, biru, ungu, jingga dan macam-macam warna lagi. Belum lagi termasuk baunya. Belum lagi diteliti corak kelopaknya. Jika hanya melihat bunga hanya sebagai bunga, memanglah tiada apa-apa. Tetapi, kalau dilihat dan kagum kepada kuasa yang mencipta bunga-bunga ini, tidak kah itu juga mendapat pahala?
:)
Ada juga kawasan rehat yang disediakan. Pastinya kawasan ini dihias cantik, untuk tujuan fotografi para pengunjung. Kami pun tidak melepaskan peluang.
Nota kaki;
- Kawasan parkir yang khusus tidak ada. Hanya ditepi jalan.
- Tangganya licin, jadi hati-hati.
0 Comments