[Buku] Ayah Oleh Andrea Hirata


Ayah
 oleh Andrea Hirata
Nilaian: 5 bintang

Kisah cinta Sabari.

Cinta mabuk kepayang kepada Marlena. Cinta paling agung seorang ayah untuk si Zorro.

Yang paling mengkagumkan, si lugu yang bijak berpuisi ini bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang diusahakannya. Untuk kepuasan diri. Untuk membukti cinta.

Dan untungnya Sabari, ada watak-watak lugu lainnya mengiringi perjalanan hidup. Ukun, Tamat dan Toharun. Sahabat lugu yang tak dapat dijangka. Demi sahabat, mereka sanggup berkorban.

Cuma, watak Izmi menimbulkan tanda tanya. Apa "peranannya", selain terinspirasi dengan Sabari secara senyap? 

Ayah Oleh Andrea Hirata

#sharulmembaca
#malaysiamembaca






Reactions

Post a comment

0 Comments