Debaran

Hari ini.

Jam 10 pagi. Malaysia bakal mengumumkan keputusan peperiksaan UPSR di sekolah masing-masing.

Abang Haris, salah seorang calonnya.

Entah apa keputusannya, sudah puas saya berdoa agar ianya nanti adalah yang terbaik bersesuaian dengan usahanya.

Dan saya juga tidak putus menyampaikan harap, agar saya redha dan ikhlas menerima apa jua sekali keputusannya.

Kalau baik, Alhamdulillah.

Kalau kurang baik, Alhamdulillah.

Perjalanan abang Haris masih panjang dan jauh.

Yang penting, abang Haris sentiasa ada rasa mahu memajukan diri, dunia akhirat.








Reactions

Post a Comment

0 Comments