Tahun 2013, saya tawarkan kepada rakan semenjak kami belajar bersama di MRSM Muar, Johor. Yean, rakan sekelas saya selama dua tahun di sana. Manakala Daeng Amir (Daeng), rakan satu dorm yang biliknya hanya berselang dua tiga bilik dari bilik saya.
Kaitan saya antara mereka?
Tukang hanntar surat cinta antara keduanya yang berbunga-bunga, luahan perasaan antara Uda dan Dara. Sesekali, berterabur juga bedak Agnesia yang mewangikan tinta cinta antara keduanya.
Kah kah kah!
Tak. Saya tak baca surat Yean atau Daeng. Intai pun tidak. Saya ada kisah cinta saya sendiri, walaupun kecundang sebelum bermula.
Sedih!
Selang 20 tahun kemudian, kami berjumpa di FRIM, Selangor bersama seorang lagi rakan sekelas kami, Mokh.
Kenapa saya pilih FRIM? Kerana suasananya yang hijau, segar dan damai.
Tapi kenapa FRIM caj "cukai" untuk membawa kamera ke dalam kawasan mereka, sampai hari ini saya tak faham. Promosi percuma kot. Entahlah.
Tahun 2013 saya masih belum pandai membuat "photoshoot". Jadi apa yang terhasil adalah percubaan hentam ikut sedap.
Maaf lah Daeng, Yean. Lepas tujuh tahun barulah teringat nak muat naik ke dalam blog.
Nanti kita buat lagi ya?













Ada yang teringin nak ambil gambar juga?
Jom.
2 Comments
Bila Abam nak dtg Putrajaya shoot gambar saya pulak?
ReplyDeleteInsya-Allah. One fine day, tuan.
ReplyDelete