Mengenang Venice Di Sungai Melaka

Saya pernah ke Sungai Melaka. Selalu. Berjalan di tepi sungai tu, entah berapa kali. Dengan keluarga, dengan kawan fotografi. River cruise pun pernah.

Saya juga pernah ke Venice, Italy. Tahun 2017. Tu, gambar profile saya tersenyum simpul di hujung bot tu, gambar sewaktu menaiki gondola di sekeliling bandar air yang terkenal di kalangan pelancong.

Gambar-gambar di bawah saya kongsikan ni ketika di Sungai Melaka dan Venice. Gambar akhir tu gambar warga Italy yang baik hati menemankan kami sewaktu menaiki gondola. 



Naik Gondola Di Venice, Italy


Daripada segi harga, tentulah di Venice mencekik poket. Kalau tak silap, 80 Euro untuk kami berenam. Sebabkan mahu pengalaman, pejam mata bayar jugalah.

Kalau kau mengharapkan abang gondol, maaf, abang gondola yang pakai baju belang zebra tu akan menyanyi lagu bernuansa cinta sepanjang perjalanan, itu mitos saja. Perjalanan senyap dan sunyi, jadi kami berenam saja cuba membuat kelakar menghibur diri.

Entahlah. Tak perasan pula sama ada pelampung keselamatan ada disediakan.

Pemandangan di sekeliling penuh dengan bangunan-bangunan lama yang dibaik pulih sebagai tarikan pelancongan.

Sama saja di Sungai Melaka. Cuma bezanya,  river cruise di Melaka betul-betul di sungai. Tak ada lorong-lorong kecil untuk bot menyelit seperti di Venice. Bagi saya, itu satu kelebihan di Venice apabila kita benar-benar hampir dengan tebing dan dapat memerhatikan kehidupan di darat.

Namun tabik juga kepada kerajaan Melaka yang berusaha melestarikan keindahan sepanjang sungai. Di kedua-dua bahagian sungai, banyak usaha baik pulih dan pengindahan dibuat untuk menjadikan pengembaraan menjadi lebih menarik.

Dari jeti utama berhampiran Muzium Samudera, kita dibawa menuju hulu sungai dengan hidangan pemandangan bangunan-bangunan lama yang sudah dihias cantik. 

Bermula dengan zaman moden bercampur aura kolonial, perlahan-lahan kita di bawa ke kawasan perkampungan melayu lama, Kampung Morten. Haih! Cantik betul rumah kayu gaya tradisional yang anggun. Sejak dari dulu, rumah Melaka dan rumah Negeri Sembilan memang bikin hati jadi deg deg an kalau bersua mata. 

Rumah idaman, boi!

Kalau berpeluang nanti, cubalah. Majukan industri pelancongan tempatan. Tambang bot tak silap saya, RM10 untuk orang dewasa. Sudah lupa.

Kalau mahu lihat pengalaman kami naik bot di Melaka, ada saya kongsikan link Youtube di bawah.

Cepatlah habis Covid-19 oi. Buku merah dah mereput dalam laci tu.

Huuuu...








Reactions

Post a Comment

0 Comments