Sekali lagi, saya mencatat kenangan untuk diimbau satu hari nanti. Lebih kurang selepas dua bulan mendapatkan suntikan pertama vaksin mencegah Covid-19, semalam (21 Ogos 2021) lengkap sudah saya disuntik dengan dos kedua.
Alhamdulillah.
Berbanding proses suntikan pertama, kali ini semuanya lebih pantas dan selesai dalam jangka masa yang pendek. Hanya pastikan lorong stesen yang betul, laluan yang betul dan aplikasi MySejahtera yang dikemaskini.
Lokasi suntikan saya masih di PWTC.
Kesan? Setakat ini belum sampai pun 24 jam sewaktu entri ini dicatat, semuanya baik belaka. Tidak ada demam, muntah atau seumpama. Abang Haris pun, selepas suntikan kedua 4 hari sebelum saya, sihat walafiat tanpa kesan sampingan.
Alhamdulillah.
The Mall, Yaohan Dan Sunway Putra
Selesai mendapat suntikan vaksin (harapnya botox menghitamkan rambut), saya terus saja ke kereta Cik Milah yang menunggu di bangunan sebelah. Dari PWTC, saya berjalan di bawah panas matahari Kuala Lumpur menuju ke Sunway Putra.
Dulu, namanya The Mall. Ada yang panggil Yaohan. Sempat juga berkerja di sini seminggu. Ada juga sesekali berdating, eh, bertemu rakan-rakan untuk bersembang kencang. Pertengahan tahun 90-an, rambut masih hitam. Gigi masih original. Hanya hati masih belum dimiliki. Eh!
Lepas tu, selepas lama tak ke sini sampailah mula ketagih nak ke pesta buku. PWTC bukan asing lagi. Allahu, bau buku tu memang bikin jantung sederas denyutan gout; nyut nyut nyut nyut nyut!
Tiap tahun, memang dikhaskan bajet berbelanja untuk PBAKL. Beli memang sampai hilang pedoman. Naik roboh bahu menyandang buku yang berlonggok-longgok.
3 buku RM50. Perghhh!
Tapi dah dua tahun tak ada PBAKL. Harap-harap, tahun depan dah kembali beraksi. Bajet pun dah kumpul untuk 3 tahun dah ni, tak larat bahu sendiri, bahu awak pun boleh saya tumpang to cry on.
Hmmm... lain macam kesan suntikan kedua ni.
Merenyam rasa dia.
0 Comments