[Ulasan Buku] 93 Hari Di Mesir (oleh Fadzil Abu Samah)

Mesir bukanlah negara yang pernah saya fikirkan sebagai satu destinasi pelancongan. Saya tahu banyak sejarah yang ada di sana, dan juga Mesir mempunyai universiti tertua di dunia. Tapi entah, tak terbuka pula hati memilih Mesir bila mencari negara-negara untuk dilawati.

Tapi tulisan Tuan Fadzil sedikit sebanyak membuka mata. Banyak yang boleh ditawarkan sebenarnya kalau mahu melancong ke Mesir. Kombinasi sejarah dan pemandangan yang menarik, memang pakej pelancongan yang saya suka. 

Tulisan buku ini baik. Graf keterujaan naik turun menjadikan pengalaman membaca sangat menarik. Pembahagian cerita mengikut bab menjadikannya lebih tersusun. Tuan Fadzil seorang penulis yang baik.

Cuma kalau mahu diperbaiki, mungkin bahagian bergambar sahaja. Cetakan gambar di atas kertas begitu menjadikan gambar agak kurang jelas. Tak pasti disebabkan kualiti gambar itu sendiri atau kertas. Dan banyak gambar dalam satu muka juga kurang menarik. Kalau boleh dirujuk, saya suka dengan susunan gambar dalam buku 5 hari 4 malam Bhutan oleh Siti Noridah.

Buku yang baik. Tahniah.

[Ulasan Buku] 93 Hari Di Mesir (oleh Fadzil Abu Samah)


#sharulmembaca

#malaysiamembaca 







Reactions

Post a Comment

0 Comments