Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua

"Sudah tutup, bang."

"Belum pukul 6.00 lagi ni."

"Tak boleh bang. Waktu akhir untuk naik jam 5.30 pm. Pukul 6.00 memang sudah tutup."

"Kejap saja, boleh?"

"Maaf bang. Tak ada orang boleh jaga. Esok pagi saja kau datang, sunrise lagi cantik."

Ah! Kami terlambat dan kami terpaksa akur. Kami tak dapat mendaki ke Sosodikon Hill petang tu. Saya tak jumpa pula maklumat yang bukit ini ada waktu buka dan waktu tutup. Mungkin ada, saya yang terlepas pandang. Aduh! Hajat nak melihat sunset dari puncak bukit nampaknya kecundang.

Kecewa, kami pulang ke homestay Sakura Villa menempuh jalan yang berlubang-lubang, bagai hati kami yang bocor hampa tak dapat menikmati puncak bukit Sosodikon.

Tentulah sebagai kerombo (ketua rombongan) bak kata Hambal, ada rasa bersalah kerana tak mendapatkan maklumat lengkap untuk itinerari, dan natijahnya petang hari kedua tu banyak kelompongan aktiviti.

Rugi.

Malam tu kami berbincang. Pagi esok sebelum check out, mahu ke Sosodikon Hill atau sebuah lagi bukit dalam kampung Mesilou yang ada buaian besar di puncak. Kurang pasti nama bukit tu.

Kata putus dicapai. Kami akan ke Sosodikon Hill selepas Subuh.

Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Sosodikon Hill


Kos Dan Waktu Operasi Bukit Sosodikon

Sosodikon dibuka setiap hari bermula jam 6 pagi sehingga jam 6 petang. Waktu terakhir masuk jam 5.30 petang.

Untuk dewasa, bayaran ialah RM5 seorang manakala kanak-kanak RM3. Untuk yang berumur 6 tahun ke bawah, percuma saja.

Sebaik sampai ke kaki bukit Sosodikon, daftarkan diri di 'pejabat mini' yang ada di situ. Cukup hantarkan seorang wakil dan sediakan wang yang mencukupi. Setiap peserta akan diberi tag sebelum masuk dan perlu diserahkan semula sebelum balik. Saya agak tag ini untuk mengawal jumlah orang yang masuk dalam satu-satu masa.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan sijil, tambah saja RM5 seorang. Boleh buat kenangan akan datang.

Oh ya. Tidak ada kawasan letak kereta yang khas di sini. Jadi pandai-pandailah selitkan kereta di tepi-tepi jalan yang sempit dan berlubang. Jangan sampai menghalang lalu-lintas, sudahlah.

Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Kaunter pendaftaran ke Sosodikon Hill


Sosodikon Hill Mesra Semua Peringkat Umur

Ketinggian bukit ini hanyalah 600 meter, dan trek pendakian tidaklah mencabar. Sangat sesuai untuk mereka yang beginner. Kalau tak biasa bersenam tu, mungkinlah penat sikit. Sewaktu kami ke sana, ramai je yang datang dengan keluarga. Meriah rombongan. Bila dah ramai tu, faham-faham lah, di puncak memang agak padat. Musim Covid-19 ni, pandai-pandailah jaga SOP ya.


Melihat Matahari Terbit Dari Sosodikon Hill

Kita merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang. Sehari sebelumnya kami gagal ke Sosodikon Hill kerana terlewat. Awan mendung ketika tu jadi sunset pun tak kelihatan. Hari ini (31 Januari 2022), cuaca lebih baik dan matahari yang ibarat kuning telur muncul perlahan dari timur. Seperti pengalaman di Maragang Hill, kami sekali lagi dihidangkan dengan pemandangan pagi yang menakjubkan.

Masya-Allah. 

Di hadapan kami, matahari terbit. Di belakang, ada Gunung Kinabalu yang mula mempamerkan keperkasaannya. Di selatan, nampak balam-balam bukit dengan sisa-sisa kepul kabus dan awan sebelum bersurai dek panas pagi. Pekan Kundasang juga kelihatan, sudah mula sibuk dengan urusan manusia yang pelbagai.

Angin pula lembut mengelus pipi.

Romantis, kawan!

Insya-allah ada rezeki ke Kundasang, Bukit Sosodikon akan dimasukkan ke dalam itinerari.

Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua
Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua


Video Sosodikon Hill

Nah, setakat membaca dan melihat gambar mungkin tak puas. Saya sertakan sekali video kami mendaki Sosodikon Hill dengan penuh gaya.


Enjoy!


########
Dapatkan perkongsian terkini hal-hal berkaitan travel di saluran;

Blog Sharulnizam Mohamed Yusof (https://www.sharulnizam.com/)
Telegram Tavelog Angkel Rul (https://t.me/travelogAngkelRul)
Youtube Travelog Angkel Rul (https://www.youtube.com/c/SharulnizamMohamedYusof)






Reactions

Post a Comment

0 Comments