Hijau



Hijau. Secara literalnya, saya memang pencinta totok warna hijau. Dari dulu lagi, kalau ditanya tanpa ragu saya akan menjawab warna yang memberi ketenangan dan kesegaran ini sebagai warna kegemaran.

Cuma tidaklah sampai ke tahap extreme mahukan segalanya berwarna hijau. Bilik saya masih berwarna tanah, baju ke pejabat majoriti berwarna biru dan begitu juga peralatan lain masih rasional pemilihan warnanya.

Cuma hijau bagi saya sudah disinonimkan dengan keindahan alam semulajadi. Spesifiknya, pada tumbuh-tumbuhan. Saya mudah menjadi angau kalau melihat kehijauan pokok dan dedaun yang mempunyai pelbagai corak urat yang berselirat. Lagi-lagi kalau ada embun yang berbutir-butir gebu tersangkut di atas daun.

Aduhai!

Maka tak hairanlah saya menggemari aktiviti lasak mendaki gunung dan trekking ke dalam hutan. Kerana waktu itu, saya tenggelam dengan kurniaan Ilahi yang sangat agung ini. Keliling saya hanya hijau yang menawan.

Bagaimana saya menikmatinya?

Saya tenung.

Saya renung.

Saya bau.

Saya usap mesra.

Dan akhirnya, saya potretkan untuk dibuat koleksi.

Ini antara gambar dan video dalam simpanan peribadi.





Nikmati hijaunya tanah air kita, kawan.

Sebab, ketika saya mengembara ke negara luar, saya menjadi sangat bersyukur dengan anugerah Allah untuk bumi Malaysia dengan kehijauan yang sangat memukau.

Hargailah. Jagalah. Untuk generasi akan datang.

Bak kata Zainal Abidin dalam lagunya yang terkenal;
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau



Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Catatan Bulan Julai yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#julyblogposts #july2019entries








Reactions

Post a Comment

0 Comments