Youtube Channel Pilihan Sharulnizam

Berbanding dengan televisyen, rasanya saya lebih kerap menonton di Youtube. Saya tidak pula menjadi fan atau follower tegar mana-mana Youtuber terkenal, sebaliknya saya menonton berdasarkan keperluan saya pada sesuatu masa.

Maksudnya, jika saya mahukan maklumat tentang sesuatu lokasi (selalunya bila mahu travel) waktu itu saya akan mencari video berkaitan tempat itu. Seperti baru-baru ini sebelum saya ke Mekah menunaikan umrah, sempat saya cari kuliah yang dimuatnaik ke Youtube sebagai rujukan. Atau ketika saya mahu mendaki gunung tertentu, saya akan cari posting yang berkaitan trek gunung itu sebagai persediaan mental (ataupun boleh jadi sebab untuk tarik diri!).

Namun jika tidak ada tujuan yang bersifat mendesak begitu, saya akan meronda-ronda Youtube mencari video-video berikut;

#1 Photography/Videography

Sudah tentu, inilah yang paling kerap saya mainkan di Youtube. Video-video tutorial bagaimana mahu mengambil gambar mengikut tema (ie; kata kunci travel photography, cat photography, photo composition, videography technique, etc) sangat banyak membantu saya memahami teknik mengambil gambar yang betul. Saya lebih banyak belajar di sini berbanding berguru secara berhadapan.

Adalah menjadi cita-cita saya untuk membuat tutorial menggunakan Bahasa Melayu, tapi masih juga tidak terbuat kerana ilmu masih cetek. Saya kagum ramai Youtuber Indonesia dan India berkongsi tutorial menggunakan bahasa mereka sendiri. Ah! Seronoknya berbahagi ilmu. Boleh menjana "saham" untuk kehidupan di "sana" nanti walau hanya di Youtube.

#2 Tutorial

Kalau tak keterlaluan, saya bolehlah dikategorikan orang gajet. Saya suka explore pelbagai jenis aplikasi yang boleh dimuat turun (percuma) ke dalam telefon dan sudah tentu aplikasi tersebut berkait rapat dengan fotografi dan videografi. Antaranya Snapseed, PicsArt, Adoble Lightroom dan macam-macam lagi.

Tutorial ini banyak peringkat. Ada yang asas dan ada yang lebih advance. Jadi selalunya saya memilih opsyen "Save" bagi tutorial yang lebih mencabar, untuk saya rujuk pada masa akan datang.

#3 Lagu & Filem

Oleh kerana saya ini seorang manusia purba yang terperangkap dalam zaman moden ala-ala Captain America, saya lebih gemar mendengar lagu-lagu pada zaman remaja saya. Kerap juga saya cari lagu-lagu popular penghujung 80-an, 90-an dan awal 2000 (sebelum berkahwin) terutamanya nyanyian secara langsung. Sudah tentu dendangan kumpulan rock seperti Wings, Search, Ella dan kemudian kumpulan "rock leleh" seperti Slam, Ukays, Visa dan lain-lain menjadi pilihan saya.

Lagu-lagu tradisional atau irama melayu juga turut menjadi pilihan. Seronok mendengar lirik-lirik lagu melayu lama seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Sharifah Aini sudah tentu paling atas dalam senarai. Saya ada "playlist" khas untuk pendendang lagu Seri Dewi Malam ini, tahu.

Filem pula saya mencari filem melayu lama seperti Ali Setan, Masam-masam Manis dan lain-lain yang sezaman.

Orang kata, move on. Tapi dalam hal perkembangan lagu-lagu ini saya rasanya sudah terhenti pada penghujung 90-an.

Jangan tak tahu, lagu-lagu mat saleh pun begitu. Saya masih lagi mendengar kumpulan Hanson dengan lagu Mmmbop mereka, Backstreet Boys, Celine Dion, Michael Jackson.

Heheheh!

Nak buat macam mana, itu saja yang boleh diterima telinga.


Youtube Channel Sharulnizam bin Mohamed Yusof

Oh! Saya sendiri ada channel di Youtube. Kalau permulaan dulu, lebih banyak video yang entah apa-apa. Cuma dua tahun kebelakangan ini barulah banyak video-video kembara saya dimuatnaik, sama ada dalam atau luar negara.

Jemputlah singgah.

https://www.youtube.com/snizammy




Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Catatan Bulan Ogos yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#augustblogpostchallenge #augustwritingprompts #tulistulissharul

Wordprompt #3 : Senaraikan tiga Youtube Channel yang anda selalu tonton.






0 comments:

Post a Comment

My Instagram