I did it! |
Kalau memandu, ianya jarak yang pendek.
Kalau mengayuh basikal, sekitar 20 minit mungkin selesai.
Kalau berlari?
Ya. Lari. Menggunakan dua kaki.
Lion Parkson Run
Ahad, 15 November 2015. Satu tarikh yang mencatat sejarah dalam lipatan kenangan peribadi. Entah dari mana datang kudratnya, saya berjaya menghabiskan larian sejauh 10 kilometer di Setia Alam bersempena acara larian Lion Parkson.10 km.
10 km.
10 km!
Berulang kali saya melihat gambar-gambar yang saya rakamkan pada hari tersebut. Maafkan saya jika ini agak melebih-lebih. Tetapi percayalah, untuk seorang yang kurang mesra dengan sukan dan gaya hidup sihat, pencapaian terulung sebegini memang saya akan raikan secara berlebih-lebih.
Pencapaian peribadi di kala usia semakin menjejak angka 40.
Tidak pernah saya duga hari itu saya akan melakukan perkara yang saya sangka hanya orang lain yang boleh lakukan. Selama ini saya hanya meraikan keseronokan kawan-kawan, tetapi kali ini saya pula meraikannya.
Tidak.
Saya melakukannya bukan untuk "melawan" sesiapa. Hanya untuk pencapaian peribadi. Hanya untuk menanam keyakinan diri. Bahawa diri ini bukanlah selemah yang disangka. Saya juga mampu melakukan perkara yang disangka mustahil, sekiranya saya mahu bersungguh. Dan paling penting, saya mahu mengubah gaya hidup yang lebih sihat.
Malaysia kan, di tangga atas untuk bilangan rakyat yang obes.
Jadi, saya mahu memastikan diri TIDAK termasuk dalam angka statistik itu.
Jom!
Jom hidup sihat.
Akan ada larian lagi selepas ini? Atau sudah serik?
Tidak!
Ini baru permulaan!
0 Comments